Saturday, April 11, 2009

RAWATAN SUSULAN











SALAM.




Setelah di adakan progaram rakan ziarah hospial,




Saya membuat rawatan susulan kerumah-rumah pesakit dengan rawatan,




Fisiotarapi,




Urutan tapak tangan,




Tapak kaki.




Urut seluruh badan,




Terapi minda bagi memulih kembali ingatan pesakit.





“RAKAN ZIARAH” DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
Baru-baru ini pada 27 Disember 2008 telah diadakan lagi program “RAKAN ZIARAH” di Hospital Sultan Abdul Halim. Program ini telah menjadi salah satu aktiviti bulanan bagi Jamaah Islah Malaysia. Program ini juga adalah hasil kerjasama diantara Jamaah Islah Malaysia dengan Pertubuhan Perubatan Islam Malaysia.
Program kali ini disertai oleh 6 ikhwah dan 2 akhawat yang diketuai oleh Saudara Soofie dan juga dibantu oleh Saudara Doktor Zulkifli yang bertugas sebagai doktor disana. Program tersebut bermula kira-kira pada pukul 10:30 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengah hari tersebut. Aktiviti bermula dari Wad Kenanga 5 dan oleh kerana ada dikalangan peserta yang tidak pernah mengikuti program ini jadi pada mulanya mereka hanya melihat untuk mendapatkan panduan bagi melakukannya. Selepas itu kumpulan berpecah kepada 3 iaitu 2 kumpulan banin meneruskan aktiviti di Wad Kenanga 5 dan 1 kumpulan banat bergerak ke Wad Kenanga 6 bagi meneruskan aktiviti disana.
Kebanyakkan pesakit-pesakit yang ditemui mengalami kemalangan di jalanraya dan berkaitan dengan tulang. Walaubagaimanapun ada juga pesakit yang ditemui mempunyai sakit lelah . Peserta bukan sahaja menziarah pesakit-pesakit yang beragam islam tetapi mereka juga turut menziarahi pesakit-pesakit yang bukan beragama islam. Antara yang perkara-perkara yang dilakukan ketika menziarahi pesakit dimulakan dengan pengenalan diri peserta agar pesakit mengetahui serba sedikit tentang peserta.
Pesakit diingatkan bahawa semua kesembuhan datangnya dari ALLAH S.W.T dan sebagai seorang hamba ALLAH S.W.T hanya boleh ikhtiar dan mengharapkan kesembuhan dengan mendekatkan diri mereka agar dipermudahkan proses penyembuhan. Peserta juga turut mengajar cara-cara solat ketika sakit kerana ketika program-program sebelum ini ada pesakit yang memberi respon yang baik ketika diajar. Ada sesetengah pesakit memberitahu mereka ingin solat tetapi oleh kerana tidak mengetahui perkara tersebut mereka meninggalkannya. Sebelum pulang para peserta mendengar “feedback” daripada semua kumpulan. Kesemua kumpulan mendapat “respon” yang positif dari pesakit. Semoga program ini akan terus mendapat “respon” yang baik tidak kira pesakit ataupun mana-mana pihak lain.
salmikempas@yahoo.com
LATAR BELAKANG HOSPITAL S,A.H
Hospital Sultan Abdul Halim adalah sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhimatan perawatan perubatan,pemulihan dan pencegah yang berkualiti,cekap dan berkesan.
Menyediakan peraatan kepakaran sekunder kepada pesakit,memberikan perkhidmatan dalaman serta rawatan harian.ia juga menjadi rujukan kepada hospital-hospital lain seperti Hospital Yan,Hospital Sik dan Hospital Kulim.
Mula beroperasi : 5hb.Januari 2007
Keluasan : 40 ekar
Bilangan Katil : 498 buah
Alamat Penuh : HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
Jalan Lencongan Timur,
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-4480333
No. Fax : 04-4480092